? ??????????????Future Stars Will Be Dim? ????? ?? ???Rating: 4.7 (7 Ratings)??894 Grabs Today. 9121 Total
Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????Dark Tree? ????? ?? ???Rating: 4.3 (23 Ratings)??879 Grabs Today. 24963 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ???????? BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

.:SaLaM:.

Khamis, 31 Disember 2009

PAKU YANG LEKAT DI HATI

“Jangan suka menyakiti hati orang lain dengan kata-kata kita,” nasihat seorang ibu kepada anaknya.

“Saya tahu itu salah, ibu. Tapi, saya akan cepat minta maaf. Itu satu kelebihan juga, bu?” Kilas si anak.

“Tetapi perbuatan kamu itu menyakitkan hati orang, anakku,” kata ibu itu lagi.

“Saya rasa tidak, saya tidak kejam. Selepas minta maaf, segala-galanya langsai, bu.” Si ibu berfikir. Apakah cara untuk menyedarkan anaknya daripada sifat buruk ini?

“Kalau begitu, kamu ikut cadangan ibu ini. Moga kamu akan fahami maksud ibu nanti.” Tanpa membantah anak itu setuju.

“Begini, setiap kali kamu menyakiti hati seseorang, kamu ketuk sebilah paku ke dinding ini. Kemudian, setelah kamu meminta maaf, kamu cabut semula paku yang kamu ketuk itu!”

“Baik, ibu.” Beberapa bulan berlalu, mereka sama-sama menghadap dinding tersebut. “Lihat ibu, mana ada paku yang tinggal?” Ujar si anak dengan bangga.

“Semuanya telah dicabut. Memang ramai orang yang saya sakiti hati mereka, tetapi semuanya telah memaafkan saya setelah saya meminta maaf.”

“Betul kamu sudah minta maaf dan mereka telah memaafkan, tapi sedarkah kamu…?”

“Maksud ibu?”

“Cuba kamu tengok dinding ini. Semuanya sudah tebuk, calar dan ‘berkematu’. Itulah hati-hati yang telah kamu sakiti. Walaupun kamu sudah dimaafkan, tetapi kesan perbuatan buruk itu masih berbekas di hati mereka. Hati yang dilukai ada parutnya, anakku…”

Si anak merenung dinding yang tebuk-tebuk itu. Sudah tidak indah lagi seperti asalnya. Begitukah hati-hati orang yang telah aku sakiti?



Pengajaran: Meminta maaf adalah perbuatan terpuji. Tetapi berusaha agar kita tidak terpaksa meminta maaf (maksudnya menghindarkan diri daripada menyakiti hati orang lain) jauh lebih terpuji. Ya, luka di hati itu lebih sukar diubati daripada luka di tangan.


by : nur qirdan_asmirah*
Editor : naadherah

Sabtu, 19 Disember 2009

SaLaM MaaL HijRah



SelamaT  Menyambut Tahun bru....Dgn k'hadiran tahun bru ini,semoga kte sume sntiasa m'perbaiki stiap k'salahan dan kelemahan ...

“Hijrah itu pengorbanan,
Hijrah itu perjuangan,
Hijrah itu persaudaraan,
Hijrah membentuk perpaduan…”





Jangan sekali-kali engkau menyangka bahawa orang-orang yang bergembira dengan apa yang mereka telah lakukan, dan mereka pula suka dipuji dengan apa yang mereka tidak lakukan - jangan sekali-kali engkau menyangka mereka akan terselamat dari seksa, dan mereka pula akan beroleh azab yang tidak terperi sakitnya. Dan bagi Allah jualah kuasa pemerintah langit dan bumi, dan Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. (Surah AliImran:188- 189)

Selasa, 15 Disember 2009

KISAH MALAIKAT ZABANIAH MEMBAWA RANTAI DARI NERAKA UNTUK MENYEKSA IBLIS

Kabul Ahbaar berkata: Apabila dunia ini telah musnah dan tidak ada lagi orang yang tinggal di dunia ini baik manusia, jin,syaitan atau binatang, maka inilah saat yang ditentukan oleh Allah swt. kepada Iblis

Laknat.Kemudian Allah swt. berfirman kepada malakul maut: "Aku telah menjadikan pembantu untuk mu sebanyak orang yang ada dari mula hingga yang terakhir, dan aku telah memberimu kekuatan penduduk langit dan bumi dan kini aku pakaikan kepadamu pakaian murka dan marah, oleh itu turunlah kamu dengan membawa marah dan murkaku terhadap si Malaun terkutuk, maka rasakan kepada Iblis kepedihan maut yang dialami oleh orang-orang dari mula hingga yang terakhir terdiri dari Jin dan manusia dan berlipat kali ganda.


Firman Allah swt. lagi: " Dan hendaklah kamu membawa 70.000 Malaikat yang kesemuanya penuh dengan sifat murka dan kecemasan dan setiap malaikat Zabaniah membawa rantai dari neraka Ladha dan cabutlah dengan 70.000 cungkilan dari neraka Ladha. Dan perintahkan kepada Malaikat Malik supaya membuka semua pintu-pintu neraka."

Setelah mendapat perintah dari Allah swt maka malaikat maut itu pun turun dengan bentuk yang paling menakutkan dan diceritakan andai kata kalau penduduk langit dan dunia melihatnya nescaya akan menjadi cair mereka semua disebabkan rupanya yang paling menakutkan itu.Apabila sampai saja Malaikat maut pada Iblis Laknat lalu malaikat maut membentaknya dengan sekali saja maka jatuh pengsanlah si Iblis laknat dengan berdengkur dan sekiranya dengkur si Iblis laknat didengar penduduk di timur hingga ke barat nescaya akan pengsan kesemua mereka itu, lalu malaikat maut membentak lagi: "Berhentilah kamu Iblis Laknat yang jahat dan kini rasalah kepedihan maut sebagaimana yang dirasai oleh orang-orang yang kau sesatkan dalam beberapa abad yang kau hidup dan inilah hari yang ditentukan oleh Allah swt. terhadap kamu, maka kemanakah kamu hendak lari!" Apabila Iblis Laknat mendengar saja apa yang dikatakan oleh malaikat maut kepadanya, maka ia pun lari ke hujung timur, tetapi malaikat maut telah sedia berada dihadapanya, maka larilah Iblis laknat itu menyelam ke dalam laut, tetapi malaikat maut telah sedia berada didepanya, lalu laut melemparkan Iblis laknat itu.Maka larilah Iblis laknat itu mengelilingi bumi, tapi tidak ada satu tempat pun untuk ia bersembunyi, kemudian Iblis laknat itu pun lari mendapatkan kubur Nabi Adam sambil berkata:


"Disebabkan kamulah aku menjadi malaun." Kemudian Iblis laknat bertanya kepada malaikat maut: " Minuman apakah yang akan kamu berikan kepada ku dan seksa apakah yang akan kamu kenakan terhadapku?. " Malaikat maut pun berkata: " Kamu akan diberi minuman dari neraka Ladha, seksa akan kamu terima serupa dengan seksa ahli neraka dan berlipat kali gandaa" . Mendengar hal demikian maka Iblis laknat pun mengguling diatas tanah sambil menjerit-jerit sekuat suaranya kemudian ia lari dari barat ke timur dan berbalik sehingga ia sampai pada tempat yang mula-mula turun ke bumi dulu dan disitu ia dihalang oleh malaikat Zabaniah dengan rantai ditangannya.Sedang bumi bagaikan api dikerumuni oleh Malaikat Zabaniah

Isnin, 14 Disember 2009

MuTiaRa KaTa..




'Orang yang berbahagia itu ialah orang yang mengambil pengajaran daripada orang lain’ - Abdullah Bin Mas’ud

Photobucket

‘Ilmu itu didapati dengan lidah yang gemar bertanya dan akal yang suka berfikir’ - Abdullah Ibnu Abbas
************************************************
Seperti halnya karat memakan besi, demikianlah pula iri hati memakan manusia’ - Anisthenes
************************************************
`Setiap orang memiliki kelebihan dan kekurangan yang tidak dimiliki oleh orang lain’ - Arcele Ari Tandy
************************************************
‘Air yang terus menerus menitik itu akan dapat menembusi batu walaupun bagaimana kerasnya batu tersebut’

Jumaat, 11 Disember 2009

Memaafkan KesaLahan Orang Lain

Rasulullah S.A.W bersabda yg b'maksud :

Daripada Jarir r.a. drp Rasulullah S.A.W sesungguhnya baginda telah bersabda."Barang siapa tidak menyayangi,dia tidak akan disayangi dan barang siapa tidak mengampunkan (memaafkan) orang lain,dia tidak akan diampunkan (dimaafkan) dan barang siapa tidak bertaubat dia tidak akan di terima taubat"


Diceritakan bahawa pada suatu hari seorg lelaki Bani Israel bermain-main di tepi laut. Di sana dia melihat seorang lelaki kudung sebelah tangan'y hingga paras bahu berdiri di atas batu di tepi pantai itu. "Wahai hamba Allah! Sesiapa yang melihat keadaanku ini,awas jgn sampai berlaku zalim kepada sesiapa pun."  Kata lelaki kudung itu . "Apa maksud mu?" "Mengapa engkau berkata demikian?" Tanya lelaki Israel yang bermain-main di tepi pantai itu.

"Panjang ceritanya"
"Apa itu? Sila ceritakan."

Lelaki kudung itu menceritakan bahawa dulu dia adalah seorang polis. Suatu hari ketika sedang meronda-ronda di laut, dia melihat seorang nelayan sedang memancing dan kebetulan ketika itu, dia sedang memperoleh ikan yang bagus. Si polis mendekati lelaki itu dan berkata "Berikan kepada ku ikan yang baru kamu tangkap itu."

"Tidak boleh." Jawab si nelayan itu.

"Kalau begitu aku akan membayar harganya,berapa engkau mahu?" Tanya polis itu.

"Aku tidak ingin menjualnya." Kata nelayan lagi.

Polis itu marah lalu dipukulnya kepala nelayan itu dengan kayu belatannya dan ikannya diambil secara paksa lalu di bawanya pulang. Lalu ikan yang masih hidup itu menggigit ibu jari tangannya. Dia menjerit kesakitan dan berusaha untuk melepaskan gigitan itu,tapi sia-sia. Jiran-jirannya segera datang membantunya,tetapi sia-sia juga. Selepas bersusah payah, barulah gigitan ikan itu berjaya mereka lepaskan. Mungkin kerana ikannya sudah mati.

Walau demikian,kesan gigitan itu, masih ketara bengkak dan masih terasa sakit. Dia segera pergi berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan.

"Tangan mu tidak akan sembuh, bahkan akan membawa pada kematian, kecuali ibu jari dipotong." Kata doktor setelah melakukan pemereksaan.

"Kalau sudah tidak ada cara lain,terpulanglah kepada tuan doktor." Kata polis.

Maka dipotonglah ibu jarinya. Akan tetapi penyakitnya merebak pula pada tapak tangannya sehingga membuat dia tidak boleh tidur kerana terlalu sakit. Doktor yang memereksanya mengusulkan agar tapak tangannya di potong pula separas pergelanagannya kerana penyakitnya tidak boleh di sembuhkan kecuali degan cara itu. Tiba-tiba penyakitnya merebak pula ke lengan. Akibatnya doktor terpaksa memotong lengannya pula. Kini dia telah kudung hingga ke paras siku. Akan tetapi tiba-tiba bisa ikan merebak pula keatas sikunya hingga ke bahu dan dibawanya kepada doktor lagi.

"Penyakitmu tidak akan sembuh kecuali tanganmu di potong hingga keparas bahu." Kata doktor.

"Buatlah apa-apa yang patut,aku sudah tidak kuat lagi menahan sakit." Katanya. Untuk kali keempat tangannya orang zalim itu di potong lagi. Kini sebelah tangannya telah hilang seratus peratus. Mungkin selepas itu penyakitnya akan hilang seratus peratus atau mungkin selepas itu penyakitnya akan merebak pada badannya pula. Nasib baik ada seorang arif yang baik hati datang bertanya kepadanya.

"Apa mula-mula yang menyebabkan penyakitmu itu." Tanya orang arif. Orang kudung itu mula menceritakan asal mulanya degan jujur, yakni akibat digigit ikan yang di ambil secara paksa dari seorang nelayan. Di ceritakan pula bahawa dia telah memukul kepala nelayan tersebut.

"O... Begitu..." Kata orang arif."Sekiranya sejak mula engkau pergi kepada nelayan yang enkau aniayai untuk memohon maaf dan minta halalkan ikannya, Insya-Allah tanganmu tidak sampai terpotong. Sekarang sebaiknya engkau pergi kepada nelayan itu untuk memohon maaf dan minta di halalkan apa yang egkau ambil itu sebelum penyakitmu merebak ke seluruh badan." 

Polis itu segera mencari nelayan yang telah dianiayanya dan menjumpainya. Dia terus mencuim kaki si nelayan dan meminta maaf.

"Tuan, aku mohon maaf kepadamu." Kata polis itu.

"Siapa engkau ini?" Tanya nelayan.

"Aku adalah orang yang merampas ikanmu dahulu." Kata polis lagi.

Lalu dia menceritakan apa yang terjadi ke atas dirinya selepas kejadian itu dan diperlihatkannya pula tangannya yang kudung dan telah empat kali di potong. Mendegar keterangan itu, si nelayan menangis, lebih-lebih lagi melihat tagan si polis yang tinggal sebelah sahaja.

"Aku halalkan apa yang engkau ambil dan aku maafkan engkau, setelah aku melihat keadaanmu itu." Kata si nelayan.

"Terima kasih tuan."

"Tapi ingat, lain kali jangan berbuat zalim lagi." Pesan nelayan

"Apakah engkau berdoa kepada Allah, ketika aku merampas ikan mu dengan kekerasan?" Tanya orang yang kudung.

"Ya,saya berdoa kepada Allah ."Wahai Allah, orang itu telah menganiaya diriku dengan kekuatan di atas kelemahan ku. oleh kerana itu balaslah dia dan tunjukkan kekuasaan mu kepada ku terhadap orang itu."

"Kini Allah telah memperlihatkan kekuasaannya kepada mu terhadap diriku." Kata orang yang kudung itu. Sebagai mengakhiri ceritanya, bekas polis Bani Israel itu berkata : "Sekarang aku telah bertaubat kepada Allah dari semua kesalahanku yang telah ku lakukan pada masa-masa lalu."



    

Rabu, 9 Disember 2009

KiSAH MALAiKaT YaNG MemBERi 1000 DiNaR WAnG AKHiRaT KePAdA OrAnG MaJUSi YAng MEmeLUK ISLAm.

Dalam kitab karangan As-Syaik Muhammad bin Abu Bakar, menerangkan bahawa pada zaman Malik bin Dinar ada dua orang Majusi yang menyembah api.Kedua mereka adalah bersaudara dan salah seorang diantara mereka 73 tahun dan yang seorang lagi berusaha 35 tahun.


Oleh kerana terlalu lama mereka menyembah api, maka suatu hari mereka berpakat untuk menguji api yang mereka sembah sekian lama, berkata orang yang muda itu kepada yang tua: "Kita telah menyembah api sekian lama, oleh itu aku harap kita cuba letakkan tangan kita diatas api ini dan kita lihat samada ia menghormati kita atau pun tidak.Kalau ia membakar kita maka kita tinggalkan saja perbuatan sia-sia ini" . Setelah persetujuan dicapai maka berkatalah orang yang muda itu: "Siapakah yang akan mulakan dahulu, aku atau pun kamu?" . Berkata orang yang tua itu:"Engkaulah yang mulakan dahulu." Maka orang yang muda itu pun menghulurkan tangannya kepada api yang sedang menyala itu dan dengan pantas api itu menyambar jari orang itu.Dengan perasaan yang marah ia berkata: "Aku menyembah kamu begitu lama, tapi kamu tetap membakarku."


Berkata orang Marjusi yang muda itu kepada yang lebih tua darinya: "Saudaraku ! adalah lebih baik kita cari saja Tuhan yang lain, Tuhan yang akan mengampuni kita walaupun kita membuat dosa yang paling lama."Kalau begitu eloklah kita berdua pergi berjumpa dengan yang dapat menerangkan kepada kita tentang agama Islam" .Mereka pun bersepakat untuk bertemu dengan Malik bin Dinar.


Apabila mereka melihat Malik bin Dinar, maka orang Majusi yang tua itu berkata: "Aku telah menghabiskan usiaku yang begitu lama dengan menyembah api, oleh itu aku tidak mahu masuk agama Islam, kalau aku masuk agama yang dibawa oleh Muhammad s.a.w., sudah tentu kaum keluargaku akan mengejekku, oleh itu aku lebih suka menyembah api dari diejek oleh kaum keluargaku."


Setelah mendengar pengakuan dari orang Marjusi tua itu, maka berkatalah orang yang lebih muda darinya: "Kalau engkau tidak mahu masuk Islam, pergilah kamu dengan urusanmu dan kamu adalah orang yang paling celaka didunia dan diakhirat." Sebaik saja orang yang tua meninggalkan yang muda itu, maka orang yang muda itu pun kembali ke rumahnya dan membawa isteri dan anaknya-anaknya ke majlis yang dihadiri oleh orang ramai yang diketuai oleh Malik bin Dinar.


Apabila selesai Malik bin Dinar memberi nasihat dalam majlis tersebut, maka bangunlah pemuda itu dan menceritakan niatnya untuk memeluk Islam bersama keluarganya.Malik bin Dinar pun menerangkan kepada mereka tentang Islam, setelah itu Malik bin Dinar pun berkata: " Tunggulah sebentar, supaya aku dapat kumpulkan sedikit wang untuk kamu dari sahabat-sahabat kita." Maka berkatalah pemuda itu: " Aku tidak ingin menjual agama dengan dunia." Setelah pemuda itu memberikan pengakuannya, maka ia pun membawa keluarganya masuk ke sebuah kampung dan kebetulan ada sebuah rumah yang elok, maka ia pun tinggal bersama keluarganya disitu.


Pada keesokkan harinya berkatalah isteri pemuda itu: "Adalah baiknya kalau kamu dapat mencari kerja dan dengan upah yang kamu perolehi itu dapatlah kita makan." Setelah mendengar nasihat isterinya itu, maka pergilah pemuda itu ke pasar dengan harapan mendapat kerja.Tapi sayang tenaganya tidak diperlukan, lalu pemuda itu pun mengambil keputusan untuk berkerja di masjid demi untuk Allah s.w.t. Sewaktu pemuda itu berada dalam masjid maka dia mengasingkan dirinya dari para jemaah dan sembahyang sehingga malam.



Kemudian pemuda itu balik dengan tangan kosong.Setelah sampai dirumah, isteri pemuda itu bertanya: "Tidakkah kamu dapat apa-apa hari ini?"Hari ini aku berkerja untuk raja yang kita sembah(Allah swt.)tapi tidak memberi apa-apa kepadaku dan mungkin esok dia akan memberi." Setelah isteri pemuda itu mendengar kata-kata suaminya, maka ia pun tidurlah bersama suami dan anak-anaknya dalam keadaan yang lapar.


Pada keesokkan harinya pemuda itu pergi lagi untuk mencari kerja, tapi sayang ia tidak mendapat sebarang perkerjaan, akhirnya ia pergi ke masjid dan sembahyang sehingga malam dan kembalilah pemuda itu dengan tangan kosong.Apabila sampai dirumah maka isterinya bertanya: "Tidakkah kamu mendapat apa-apa hari ini?" Berkata pemuda itu: "Aku berkerja untuk raja semalam, tapi aku tidak mendapat apa-apa,mungkin esok ia akan memberi, iaitu hari jumaat." Sebaik sahaja isterinya mendengar penjelasan suaminya itu, maka tidurlah mereka semua dalam keadaan yang lapar.



Pada hari berikutnya keluarlah pemuda itu dari rumahnya dengan harapan akan mendapat perkerjaan, namun ia tidak juga mendapat apa-apa kerja, akhirnya ia kembali ke masjid dan mengerjakan sembahyang 2 rakaat.Setelah sembahyang pemuda itu mengangkat tangannya ke langit sambil berkata: "Wahai Tuhanku, junjunganku, pemimpinku engkau telah muliakan aku dalam Islam dan memahkotai aku dengan mahkota Islam dan memberi aku petunjuk dengan Islam.Maka pada hari yang mulia ini (hari jumaat) aku memohon kepadamu ya Allah,supaya kamu memberikan rezeki kepadaku dengan tidak diduga, ya Aqllah, sesungguhnya aku sangat malu terhadap anak dan isteriku dan sangat khuatir kalau-kalau keadaan mereka berubah disebabkan baru masuk Islam."



Setelah pemuda itu memohon pertolongan kepada Allah swt. Maka ia pun menunaikan sembahyang dua rakaat lagi.Apabila telah sampai waktu sembahyang Jumaat, keadaan anaknya sudah bertambah lapar.


Sementara itu di hadapan rumah pemuda itu seorang yang tidak diketahui mengetuk pintu rumahnya, apabila isteri pemuda itu mendengar ada orang mengetuk pintu rumahnya, maka ia pun membuka pintu dan dilihat olehnya ada seorang pemuda yang tampan dan ditangannya ada sebiji piring yang ditutup dengan sapu tangan.Maka berkatalah pemuda tampan itu: "Ambillah piring ini dan katakan kepada suamimu bahawa ini adalah upah untuk kerjanya yang dua hari" .Berkata pemuda tampan itu lagi: "Suamimu itu telah berkerja dengan baik sekali, oleh itu kami menambahkan upahnya lebih-lebih lagi sebab hari ini, hari Jumaat walau pun amal yang sedikit tetapi raja yang maha perkasa (Allah) menganggap ianya sebagai amal yang banyak pada hari Jumaat" (Pada waktu sembahyang Jumaat).


Apabila pemuda tampan tadi beredar maka isterinya pemuda itu pun membuka sapu tangan yang menjadi penghalang untuk melihat isinya itu, setelah sapu tangan itu dibuka isteri pemuda itu terlalu gembira apabial dilihatnya dalam piring itu terdapat wang sebanyak 1000 dinar.


Untuk memenuhi keperluan rumahnya maka isteri pemuda itu mengambil satu dinar dan lalu pergi kepada penjual wang, penjual wang itu ialah orang nasrani. Apabila orang Nasrani itu menimbang wang itu ia menjadi hairan, sebab wang yang ditimbang itu berubah beratnya dari satu misqal menjadi dua misqal, orang Nasrani itu melihat akan ukiran pada wang tersebut, dan tahulah orang Nasrani itu bahawa wang itu adalah hadiah dari akhirat.



Orang nasrani itu bertanya isteri pemuda itu, bagaimana ia memperolehi wang tersebut,maka isteri pemuda itu pun menceritakan dari mula hingga ke akhirnya.Oleh kerana tertarik dengan kisah yang diceritakan oleh isterinya pemuda itu, maka orang Nasrani itu bertanya pula tentang agama Islam.Setelah mendapat penjelasan tentang agama Islam, maka orang Nasrani itu pun akhirnya memeluk agama Islam.Dan dia memberikan wang sebanyak 1000 dinar kepada isteri pemuda itu sambil berkata "Kalau wang ini habis beritahulah kepadaku." Setelah pemuda itu selesai mengerjakan sembahyang Jumaat, ia pulang dengan tangan kosong, apabila sampai pada satu tempat pemuda itu memenuhi sapu tangannya dengan tanah, dengan harapan kalau isterinya itu bertanya ia akan berkata bahawa ia membawa tepung.Apabila pemuda itu sampai dirumahnya ia tercium bau makanan dari rumahnya, lalu pemuda itu meletakkan sapu tangan yang berisi tanah itu dekat pintu supaya isterinya tidak tahu.


Lalu pemuda itu pun bertanya kepada isterinya tentang apa yang ia lihat dalam rumahnya itu, maka isterinya pun menceritakan dari hal pemuda tampan hingga hal orang Nasrani itu. Mendengar akan kata-kata isterinya itu maka pemuda itu dengan segera sujud syukur kepada Allah swt. Setelah itu isteri pemuda itu terlihat sapu tangannya dan bertanya kepada suaminya: "Apakah yang kamu bawa dalam sapu tangan itu?" Maka berkatalah pemuda itu: "Janganlah kamu tanya kepadaku." Untuk melihat akan isi kandungannya maka isteri pemuda itu pun membuka sapu tangan itu, dengan kehendak Allah swt. Maka tanah yang berada dalam sapu tangan itu bertukar menjadi tepung, lalu sekali lagi pemuda itu sujud syukur kepada Allah swt. Dan pemuda itu pun taat beribadat hingga akhir hidupnya.

SEKIAN.

Isnin, 7 Disember 2009

KELEBIHAN BERPUASA PADA 10 MUHARAM DAN PERISTIWA-PERISTIWA YANG BERLAKU PADA HARI TERSEBUT.

Dari Ibnu Abbas r.a berkata Rasulullah s.a.w. bersabda:"Sesiapa yang berpuasa pada hari Asyura (10 Muharam) Allah s.w.t. tak akan memberi kepadanya pahala 10.000 malaikat.Sesiapa yang berpuasa pada hari Asyura (10 Muharam) maka akan diberi pahala 10.000 orang berhaji dan umrah dan 10.000 orang mati syahid.Sesiapa yang mengusap kepala anak-anak yatim pada hari tersebut maka Allah s.w.t. akan menaikkan dengan setiap rambut satu darjat.Dan sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka puasa pada orang mukmin pada hari Asyura maka seolah-olah ia memberi makan pada seluruh umat Rasulullah s.a.w. yang berbuka puasa dan mengenyangkan perut mereka."




Lalu para sahabat bertanya pada Rasulullah s.a.w.:"Ya Rasulullah s.a.w. adakah Allah telah melebihkan hari Asyura daripada hari-hari yang lain?".Berkata Rasulullah s.a.w.:"Ya memang benar, pada hari Asyura Allah s.w.t. menjadikan langit dan bumi, bukit-bukit, laut,syurga,Nabi Adam dan Hawa, memasukkan Nabi Adam ke dalam syurga juga pada hari Asyura, lahirnya Nabi Ibrahim, menyelamatkan Nabi Ibrahim dari api,Allah s.w.t. menengelamkan Firaun, menyembuhkan penyakit Nabi Ayyub a.s., Allah s.w.t. menerima taubat Nabi Adam,Allah s.w.t. mengampunkan dosa Nabi Daud,Allah s.w.t. mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman dan akan terjadinya hari kiamat itu juga pada hari Asyura!.

Di petik drp:www.angelfire.com

Khamis, 3 Disember 2009

DAHULUKAN YG LEBiH PENTiNG DRP YG PNTing

Seorang pensyarah di Kolej Safir yang bernama Dr. Izwan kelihatan sudah bersedia memulakan kelas falsafah beliau. Suasana di dewan kuliah sunyi sepi dan para pelajar nampaknya sudah bersedia mendengar syarahan daripada Dr. Izwan. Kelihatan di atas meja Dr. Izwan terdapat sebuah balang kaca yang besar dan secawan air kopi yang sungguh harum aromanya. Tanpa berkata apa-apa, Dr. Izwan meletakkan beberapa biji bola golf ke dalam balang kaca tersebut sehingga penuh.


Kemudian, Dr. Izwan bertanya, "Wahai para pelajarku, adakah balang kaca ini sudah penuh?". Para pelajarnya menjawab, "Ya, balang kaca itu sudah penuh". Kemudian, Dr Izwan memasukkan beberapa biji manik ke dalam balang tersebut dan menggoncangkannya. Manik-manik tersebut mengisi ruang-ruang kosong di celah-celah bola golf di dalam balang tersebut. Dr. Izwan bertanya lagi,"Wahai para pelajarku, adakah balang kaca ini sudah penuh?". "Ya", jawab para pelajarnya.



Kemudian, Dr. Izwan mengisi pula balang tersebut dengan pasir pula. Dengan mudah pasir-pasir tersebut mengisi ruang-ruang yang masih ada di dalam balang kaca tersebut.
Dr. Izwan tanpa segan silu bertanya lagi, "Wahai para pelajarku, adakah balang kaca ini sudah penuh?". "Ya", jawab para pelajarnya yang nampaknya agak keliru dan terasa seperti diperbodohkan. Kemudian, dengan yakin Dr. Izwan mengisi balang kaca tersebut dengan air kopinya. Kedengaran suara seperti orang ketawa kecil.


Suasana di dalam dewan kuliah mula hingar-bingar seketika. Dr. Izwan sambil tersenyum sinis bertanya,"Adakah balang kaca ini sudah penuh?. Para pelajarnya menjawab, "Ya, sudah penuh". Seorang pelajar Dr. Izwan mengangkat tangan sambil bangun dan bertanya,"Kenapakah Dr. Izwan berbuat demikian?".

"Baiklah saya akan terangkan sebabnya. Balang kaca ini melambangkan kehidupan kita semua. Bola golf itu pula melambang perkara-perkara yang paling penting yang perlu diisi ke dalam kehidupan kamu seperti agama kamu, amal ibadah, pelajaran, ibubapa, keluarga dan sekiranya tiada perkara lain pun kehidupan kamu tetap juga penuh. Manik-manik kecil itu pula umpama perkara-perkara keperluan kamu seperti rumah, kereta, pangkat dan sebagainya. Begitu juga pasir tersebut melambangkan perkara-perkara kecil yang lain dalam kehidupan kamu", jawab Dr. Izwan dengan yakin dan gayanya yang tersendiri.

"Cuba kamu bayangkan jika balang kaca tersebut diisi bermula dengan pasir, sudah tentu ruang untuk bola golf dan manik amat terbatas. Begitulah juga kehidupan, jika kita hanya menghabiskan tenaga dan masa hanya kepada perkara kecil dan remeh pasti dan pasti kita tiada lagi ruang masa dan tenaga untuk perkara-perkara yang penting dan bermanfaat", Dr. Izwan menyambung.


Tiba-tiba seorang pelajarnya bertanya, "Habis, air kopi tu melambang apa pula?". Sambil tersenyum Dr. Izwan menjawab, "Walau sesibuk mana pun kamu semua, ketahuilah bahawa kamu masih lagi punya waktu untuk minum secawan kopi bersama ibubapamu. Jika kamu berasa kehidupan ini terlalu banyak perkara yang perlu diuruskan sehingga anda merasakan masa selama 24 jam itu tidak cukup sebenarnya anda silap! Berfikirlah dengan akal berpandukan Iman di dalam hati




Di petik drp:Iluvislam.com